
Program ini adalah anjuran Yayasan Mahasiswa, People To People Malaysia, People International dan ASWARA dengan sokongan Kementerian Pelancongan Malaysia dan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia.
1MYO bertujuan antaranya memberi peluang kepada golongan muda Malaysia bergabung tenaga dan kepakaran masing-masing ke arah satu matlamat dan destinasi.
Untuk membuat pemilihan kepada mereka yang layak menyertai 1MYO, satu uji bakat akan diadakan seperti berikut :
Tarikh : 17 & 18 April 2010
Tempat : ASWARA (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan)
464, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur.
Masa : 10 pagi hingga 6.00 petang
Untuk keterangan lanjut , sila hubungi :
En Azman Ismail di talian 04-539 8859 / 012-5583591.